Thursday, 28 April 2011

Di Jendela

aku mengintai mu lagi
di jendela
dari sudut ini
sejak tadi kamu disitu
apa yang sedang kamu lakukan
memang aku lihat saja kamu
tak terasa tuk menyapamu
biarlah sekadar
bagai kamu menemani ku
aku masih menharap
kamu tidak pergi
biar sepnjang hari
tak mengapa
tapi terdetik juga persoalan
mahu rasanya jemari ini
menggamit
menyapamu
kenapa kamu
masih lagi menunggu
di jendela itu
selembut hati ku
yang tak pernah sekali
membenci mu
walau sekelumit
inginku
melayar persoalan
menyapa khabarmu
tapi
terpaksa ku batalkan niatku
tidak mahu kecewa lagi
kerana seperti selalunya
kamu kan sepikan
dari menyambut
menjawabku

2 comments:

  1. Wah banyak yg akak paparkan ya, curahan rasa, hati... tk bosanlah idup kita kalo ada diary macam ni...

    ReplyDelete
  2. seronok dapat tulis apa yang terlintas,klu dulu tulis,pas koyak2 buang je,kali ni leh letak kat diary (blog) sendiri,rasa puas,,tq eja,,,

    ReplyDelete