sering kali terasa disakiti
sering kali denyut nadi ini bergetar
seruling suara hati gundah bernyanyi
pintu-pintu hati yang berdarah terkuak
melebar luka-luka kelmarin
semakin keegoamu memuncak
semakin kekasaran kamu terserlah
lalu membakar perasaanku
AIRMATA
yang jatuh kelmarin
sekadar kenangan
kerana ia sudah kering
dibakar rasa geram yang merenggut
sebuah kedamaian
asal awalnya beriak damai
menjadi tegang dengan kehadiran
sikap sinis yang mendadak tiba
rasanya kedamaian malam ini
membuat aku mengorak jemari ini
melepas segala terbuku,,
rasanya ,,,
catatan malam ku
kali ini buntu,,,
yang sebenarnya terhenti di sini
tak terluahkan
segalanya tersimpan rapi lagi
menjadi rahsia hatiku,,
biar sedih dan luka
biar sesak mencengkam rasa
walau segala rasa mencuit
melakar bak mendung
melabuh tirai hujannya
semuanya hanya kenangan
yang singgah menyapa cuma
bak mimpi yang tak pernah
menjadi nyata
bagai bebayang yang menjelma
terkilan menyelinap rasanya
apakan daya
kelmarin telah pergi
dan
hari ini singgah menyapa
merentang lembaran
seterusnya,,
melakar rona-rona seterusnya
dalam tabah mengharap
sebuah harapan
damai yang bertaut ketabahan
dalam merelakan
kelmarin yang pergi
teman !!!
semalam kisah kita terukir
dalam berbagai kondisi
dalam berbagai rasa
di lingkari berbagai cabaran
dan hari ini
mungkin kah terhenti
mungkin jua tiada jalan penyudah nya
yang akan terbina
jua kisah kita tak pernah bernokhtah
ia tetap saja berputar
mengikut kondisi
samada suka atau pun duka
yang datang menyapa
selagi hayat masih megulit kehidupan
perjuangan tak juga kan terhenti
langkahan yang sesukar mana
harus jua diteruskan
kita menyelusuri
jalan-jalan yang berbeza
di sini aku bermenung seketika
menghimbau cerita kita
aku bukan tidak sudi lagi
beriringan dengan kamu
menyulam kepalsuan
bahagia yang sementara
namun telah ku fikir-fikirkan
telah aku renung-renung kan
mentafsir sebuah realiti
yang nyatanya bukan milik kita
memang sedih tak terungkap
untuk merelakan kisah kita berlalu
kerana segalanya tidak bermakna
meski bermenung sepanjang usia
kesudahan nya tetap serupa
kecuali,,keajaiban,,,
atau takdir memilih kita
untuk saling memiliki,,
selamanya
waktu itu bukan untuk kita
memilikinya