Malam Ini
telah berlalu
siang yang tadi
tika ini,,, malam
mengambil posisinya
seperti selalu
rinduku mula bertamu
dalam resah
degup jantungku berdetap
mata hati
tak pernah jemu
berkelana
dalam rajuk
masih tetap mengharap
namun sunyi malam
terlalu menghimpit rasa
hasrat masih tersembunyi
dedaunan pintu hati
bergegaran
berbauran
mahu terus berpergian
atau terus menanti
kerana tiada kepastian
nyatalah,,,,
masih keliru
membuat keputusan,,
No comments:
Post a Comment