Wednesday, 24 August 2011

Dairy 24082011


gerimis mengundang lagi
disudut sekeping hati
perasaan jadi cemas
keliru
samada mahu membisu
atau
melontarkan
segala isihati yang berbuku
kadang-kadang
kedewasaan diri
tak sama
kematangan fikiran
itu lah kewajaran nya
perluka salah menyalahkan
untuk melepaskan kesalahan diri
dan
selamanya perlukah kebisuan
melihat saja
kesalahan berterusan
bingung
memikirkan
cara yang terbaik
meleraikan
kekusutan
yang masih terbelenggu,,,

Friday, 19 August 2011

Tinta Niea's 19062011


musim-musim datang dan pergi
tidak pernah sekali terhenti
atau berundur kembali
perjalanan ini bak kembara
yang penuh dengan misteri
penuh dengan perhitungan
kelmarin hari ini dn esok
bertukar kisahnya
bisakah menjangkakan
ketika kebahgiaan
sedang dikecapi
kecundangan menerjah
segalanya terletak pada diri
samada menyerah atau pasrah
helakan nafas sedalam-dalamnya
inilah anugerah yang termahal
kerana ujian ini datang dari Nya
sedar atau tidak
inilah rahsia sebuah hakikat,,,,

Tuesday, 16 August 2011

Dairy 16082011


buat sesekian kalinya
ku singgahi di teratak alam
menghitung lagi
detak masa berlalu
dalam keriuhan
hati nan sekeping ini
terasa kosong dan sepi sekali
jiwaraga mula berkelana
mengharap kehadiran seseorang
detak waktu kian berlalu
kehampaan jua yang terasa
tiada kehadiran
yang menjengah tiba
mungkin,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
pungguk aje
yang merindukan bulan
kerana bulan
nun jauh di balik awan,,

Thursday, 11 August 2011

Tinta Niea's 12082011



di sudut kamar hati ku ada kamu
yang tak pernah padam selamanya
abadi di setiap memory
meski di mana saja daku berada
dalam sejuta hanya lah kamu
yang bertakhta di sudut kamar hatiku
hanya aku berimpian
berdampingan dengan mu
mengharung indahnya cinta
namun takdirnya bukan buat kita
cerita kita tak kesampaian
terhenti di persimpangan
yang tinggal hanya harapan
yang tak kesampaian,,,


D'Sudut Kamar Hatiku (Jamal Abdillah)

Saturday, 6 August 2011

Catatan 06082011


bila tiba-tiba rindu datang bertamu
hati jadi tak menentu
jiwaraga resah tak keruan
mengenang mu yang entah di mana
ingin saja mencari mu
melepas segala rasa yang terbuku
namun
terpaksa ku berfikir seribu kali
niat hati ku sekadar berkeinginan saja
biarlan rindu itu terlerai sendiri
bila tiba saatnya
tika ini ini atau kapan jua
biar sakit nya kutelan sendiri
tanpa ada kamu yang merawatnya
biarlah aku begini
mengenang mu dari jauh,,,,,,,,,,,,,,

Friday, 5 August 2011

Tinta Niea's 050820111



sebuah senyuman yang terukir
kadang-kadang menutupi segalanya
di sebalik nya tersimpan segala rasa
hari-hari yang kian berlalu
senyumam tetap terukir
sedangkan ada nyanyian sukma
yang sedang berdendang
berlagu sumbang iramanya
ada ungkapan yang tersembunyi
di sebalik naluri rasa
sebuah pendaman tersimpan
rapi di tutupi senyuman,,
kalau kamu bisa mengetahui nya
itulah hakikatnya,,,
seringkali terungkapkan
satu ketika itu,,
dan di kala ini biar lah terhenti
peng ungkapan nya
biarlah senyuman ini
penyerinya miski di sebalik nya
ada kehambaran,,,

Wednesday, 3 August 2011

Diary 03082011


sesekian waktu beredar
tak kan sedetik pun
ia berpatah kembali
bagaimana mahu menggapai
jika sekadar itu keupayaan nya
dan antara nya jika
kemampuan sudah terhenti
pada suatu yang sia-sia
usah di perjuangkan
kerana kecewa
adalah jawapan nya
pasrah pada yang ada
perjuangkan
sebagai perlaksanaan nya
biar sempurna,,,,,,,