Wednesday, 26 September 2012

Bicara Malamku


adakah nokhtah itu 
sudah jadi lagenda
sudah tiada sapaan lagi
kebisuan
tiada lagi yang terungkap
dan rindu menjadi sendu
tiada rona2 ceria lagi
sekadar kehampaan
menyelubungi 
waktu di tika ini
keheningan menjadi teman
dan adakah kita masing-masing
mengharapkan antara satu lain
memula bicara
atau daku saja
bertepuk sendirian
sedangkan kamu berbahagia disaat ini
dan daku yang menghitung rindu 
yang kian merobek jiwa
mungkin
kita-kita sudah jadi orang asing
hmmmm
untuk apa keluhan ini
,,,,,,,,,,,,,,,tiada guna nya,,,,,,,,,,,,,

Friday, 21 September 2012

RINDU KU BERKELANA


ku tak bisa mengungkapkan
satu persatu
bagaimana bisa nak di mulai
sebenar-benarnya
nak ku luahkan segala yang tersirat
disudut hati ku
ingin saja daku laungkan pada mu
rasa rindu dihatiku
semakin terasa terhimpit
semakin jauh berkelana
mencari nokhtahnya
bisa kah daku lontar kan
segalanya kepada mu
sedangkan 
daku yang memilih untuk menjauhi mu
sakitnya tak tertahankan
hanya daku memendam rasa
dalam senyum
dalam tawa yang sengaja
terukir
sebenarnya lara menjerut erat di dada
mungkin selama nya begini
daku terpaksa
membujuk diriku 
pasrah 
buat selama2nya

Wednesday, 19 September 2012

KALI INI


dan bila sepi malam menyapa lagi
daku sering sendirian
tercari di gelap malam
menghitung seribu persoalan
yang tak kan pernah ada jawapan
di kali ini
juga seterusnya
tiada jawapan nya
persoalan itu
tergantung begitu saja
meski seribu lontaran
pertanyayaan demi pertanyaan
bermain di minda
kerana tiada bicara
yang terlahir
tiada juga ungkapan yang terungkap
sekadar bermushkil di sudut hati
dan sepi malam ini
memimpin rasa
menjadi kian suram
tiada lagi hari itu
yang serba tak menentu
melakar bebagai rona
yang tak pernah ceria
di kali ini
pasti sedikit damai melirik
meski
terpaksa redha sebuah kepergian
kerana
itulah yang terbaik nya,,

Tuesday, 11 September 2012

Yang Afdal Nya


sentuh hati ku
bukan badan ku
curi iklas ku
bukan curi iman ku
buatlah aku masuk syurga
bukan humban ku ke neraka

Siapalah Yang Peduli


dan bila malam singgah lagi
kegelapan menjadi teman 
dan sepi pun mulai menghiasi
di kala ini
fikiran melayang terawangan
sendu juga menggamit rasa
terkenang
jiwa mulai terganggu
resah mulai mendakap rasa
namun sendirian jua
menghitung segalanya
tanpa sesapa disisi
diri tetap disini
siapalah yang peduli

Tuesday, 4 September 2012

Kadangkala


kadangkala kita perlu menyepi
untuk mencari kembali kekuatan diri
yang telah hilang
adakala kita perlu menyepi
untuk mencari ketenangan hati
adakalanya kita perlu menyepi
untuk kebaikan diri sendiri
dan
kadangkala sepi itu indah

Kadang-Kadang


kadang-kadang 
aku tidak tahu
apa arti diriku untuk mu
kadang-kadang aku merasa
kita berteman
kadang-kadang
lebih dari sekadar teman
dan terkadang
kita
bukan siapa-siapa

Monday, 3 September 2012

RINDU INI MILIK KAMU


Rindu Ini Milik Kamu…

Sungguh mereka tak pernah mengerti
sebuah perjalanan panjang nan semu
meniti masa lalu yang terpaksa diharungi
bagi gambaran masa depan
untuk bidadari yang pasti tiada mengetahui
apa yang terjadi pada jiwa ini

Sungguh mereka tak pernah merasa
bahawa cinta terhalang
oleh keresahan hari yang telah senja
tak perlu ada lagi sapaan mesra
yang merona bagi jiwa
kelembutan adalah duka yang teramat lara bagi nestapa

Sungguh mereka tak pernah tahu
untuk apa jiwa-jiwa dipertemukan
untuk apa jiwa-jiwa memiliki keterikatan
untuk apa jiwa-jiwa saling mengenang
tika jiwa ini pulang ke sebuah tempat yang dirindukan
dimana kesunyian menjadi teman kesetiaan
tiada suara mengigau dan resah mimpi yang hilang
hanya sandiwara dalam lirik bahasa kerinduan

~amran azahari~

Sunday, 2 September 2012

BYE SYG,,,


sayang
sudah tak ada apa-apa 
yang hendak di ungkapkan lagi
aku sudah buat keputusan ku
kamu juga tidak mahu berpanjang lebar lagi
pintaku kamu turuti saja
tanpa sebarang bantahan
kamu terima bulat-bulat
miski aku megharap kamu membujuk ku
namun
aku memang sudah mahu
berpatah arang pun
aku sudah pasrah meski berat
antara kita sudah tiada kesudahan
kita sudah jauh tersasar
pernah kah kamu sedari itu
kerana aku sudah sekian lama sadari itu
kerana pentingkan naluri halusku
aku ikutkan jua
dan kali ini
aku sudah redha dikau pergi,,
aku tak mahu berpaling lagi
dan pergi lah sayang
kita bersayonana 
sekadar ini saja
kehadiran kita di singgahsana kaca ini
sebelum ia berderai
biar kita jahi nya sejauh mungkin
bye sayang
sayangi daku
rindui lah daku dalam doa2 iklasmu,,





Saturday, 1 September 2012

REALITI NYA



sekali lagi kesunyian 
menemani ku
di teratak alam
kira nya sudah tiada pilihan
meski berat kaki ku melangkah
meninggalkan mu
daku pasrah dengan putusan ku
ruang-ruang yang ada
kita isi dari kejauhan
walaupun bukan buat kita
ranjau yang ada
bukan untuk kita redah pun jua
kerana akan sia-sia
setiap pengorbanan kita
untuk apa
kepuasan nya juga
bisa menyakit kan saja
kita-kita tetap kehilangan
kita tak miliki apa-apa
sebuah pengharapan yang kita bina
hanyalah palsu semata
realiti nya kita tak punya apa-apa
kali ini
daku mahu terus mengalah dan pergi
biar kita tamat kan saja
kita teruskan haluan kita
yang sememang nya sudah nyata berbeza
laluan itu lah sebenarnya milik kita
miski kita masih mahu singgah
tetapi lauan kamu untuk kamu
dan laluan ku untk daku
kita rentasilah laluan masing2
mencari sejahtera
itu lah realiti nya,,