Thursday, 31 January 2013

TERKENANG KAMU



tika tirai malam kian melabuh 
kesunyian kian menerjah
menyelinap sendu
hingga menusuk pedih
kejantungku
disini
daku termenung sendirian
merongkai belitan resah
yang melilit damai 
yang telah lama hilang
pilu mencengkam perasaan
mengenang kamu
yang telah pergi
tanpa pamitan
kamu tinggalkan aku
merongkai jawapan 
yang tak pernah pasti
dalam tidur ku ada kamu
dan jaga ku ingatan ku
singgah mencari kamu
daku hilang pedoman
dimana harus kucari kamu
yang bagai hilang
teganya kamu sisihkan daku
yang melara tak bertepian
sendirian,,,

Wednesday, 30 January 2013

SEPI SEKEPING HATI



sepinya hatiku disaat ini
tiada lain yang aku kenangkan
hanya kamu,,,
kamu yang membisu
membiarkan aku tertanya
ternanti-nanti kan kehadiran
sapaan kamu
kenapa kamu tinggal kan sepi
menemaniku
kenapa kamu hadirkan resah
mencengkam perasaan ku
kerinduan yang mendakap erat jiwaku
mengapa setega itu 
kamu buatkan aku begini
jiwaku semakin kacau
tak keruan kerana kamu
sampai bila aku harus menghitung detik berlalu
terasa bergitu lambat mendatangi
terasa lambat menghilang resah
dibenak ini
tiada lain yang terlintas
ingatan ku terhadap kamu
yang tak pernah kunjung padam
ingin aku lemparkan ingatanku
terhadap kamu
namun aku gagal
kerana aku tidak dapat melupakan kamu
walau pun seketika,,,

Tuesday, 29 January 2013

18012013 JUMAAT



JUMAAT 18012013
mungkin tiada apa makna 
pada tarikh dan hari ini tanggal 18012013
dan 19032013 tercatat sebuah kepergian
seseorang yang pernah seketika
menjadi ayah ku 
'Pak Lang Chen'
namun kesinambungan dua tarikh itu
meninggalkan sebuah memorie buatku,,
dan tanggal 18012013
aku dan kamu brbicara
sms
aku di utara
kamu tetiba di KL
sejam dari 5.30 petang sms kita terhenti
tanggal 19012013
aku sms kamu info pasal 'Pak Lang'
yang kembali kepada NYA,,
tapi sms aku failed untuk beberapa kali,,
kelmari 29012013 
aku kembali menghubungi kamu
sms aku failed lagi,,
aku call kamu 
jugak bagai off9 atau tamat perkidmatan
aku tunggu kamu menyapaku
tapi aku hampa
kemana kamu,,kenapa membisu
resah dan keciwa menghantuiku
bagai aku tidak berharga lagi dimata mu
dimana kah kesudahan nya
penantian ku
bagai sia-sia aku mengharapkan
bak hidung tak mancung 
pipi tersorong-sorong
kamu macam menempelak aku,,,
membiar keresahan menghantui ku
kekadang terasa benar selfish nya kamu
terhadapku,,
siapa aku dimatamu,,,
aku tertanya sendiri
tak pernah temui jawapan,,
aku marajuk pergi saja
kali ini,,
bisakah ???

Thursday, 24 January 2013

KERANA KAMU


kerana kamu jemari ku bernari lagi
ketika ini
kerana kamu 
fikiranku bercabang
merewang mencari jawapan
berbagai persoalan bermain di minda
hatiku mulai meronta
menjerit pedih 
bagai mendesak  jemariku
melakar sms buat mu
namun akal mulai membujuk
memintas kehendak rasa
lalu dalam berat menahan resah
langkahan jemari membeku
namun hati tetap menangis
meratap kehampaan
segala persoalan tetap berlegar
mengusik damai yang hilang
dimana kamu
kenapa membiarkan persoalan ku tergantung
mencari sendiri jawapan
perlukah aku nokhtahkan 
sekadar disini saja
antara kita
perlukah aku berlalu pergi
meski berat untuk ku buat keputusan
kerana luka di hatiku kian berdarah
sampai bila akanku tanggung
getaran jiwa ku yang kian kacau ini
setega nya kamu menyapa damaiku
dan setega nya kamu
nokhtahkan aku dalam dilema derita
aku betul-betul dalam sengsara
semuanya kerana kamu

Thursday, 10 January 2013

PESONA KEHIDUPAN


Ya Rabbi
Meski sejauh tak tersingkap kan 
tiada alasan buat sembunyi
segalanya di bawah pantauan Mu
tiada walau secebis rahsia
yang bisa ditutupi
dari Mu
Ya Rabbi
semestinya 
tika saat nya gelora membadai
meghempas cemas didada ku
ku tautkan nama Mu
sesungguh nya kerna kekilafan ku,
saat berundurnya kaki melangkah
,,kembali,, 
aku tetap insan yang sering mengulangi
demi kesilapan
dan masih lagi menagih kasih-kasiMu
Ya Rabbi
ku himpun lagi jemari
menadah simpati Mu
ku tagih kasih Mu
degarkan lah tangisan hati ku 
memohon keredaan Mu
hindarilah aku dari kemelut ku sendiri
jauh kan aku dari
Pesona Kehidupan
yang merugi kan,,
Ya Rabbi
aku bermohon pada Mu
berkahilah permintaan ku 
nan ini
sesungguh nya Engkau tahu
segala yang tersirat di dadaku saat ini,,
aamiin,,
Ya Rabbal Aalamiin,,

Friday, 4 January 2013

DI SANGKAR ALAM


biasa nya tika kesendirian
jiwa mula berlagu
berdendang sendu
merungkap sepi di kalbu
perasaan pun mulai memburu rindu
selalunya tak bisa merungkapkan
selalunya terasa janggal
tiada nokhtah bicara 
yang terlahir
hati membungkam duka
semdirian membaluti luka-luka
kerana rahsia hati
buat diri sendiri
entah ,,,tiada perkongsian
dan diteratak maya ini
bisa terungkap
sekadar tatapan diri sendiri
dan natijahnya
terasa diri terkurung
disangkar alam,,
hanya DIA yang tahu
apa yang tersirat
dan terbuku nun jauh
di lubuk kalbuku,,
ya ALLAH,,
engkau yang serba mengetahui
yang mengerti perasaan ku ini,,
aku perlu restu dan kasih MU
lingkari lah aku dalam Redha2 MU