Monday, 17 December 2012

Kemana Kesudahan Nya


sudah di takdir kan
antara kita
samada pertemuan
juga
pengakhiran nya
terawangan 
tak berpenghujung
namun kita terjah juga
jalan-jalan berliku
tak bersempadan
kita harungi setinggi ombak gelora
yang sesekian mengganas
tanpa rasa penat,,
boleh ke kita relax saja
bagai tiada apa-apa halangan
kini segalanya menjadi semakin menjerat
kita yang menjerat diri sendiri
karam kah kita 
di tengah-tengah samudera yang luas ini
tak mungkin ada kesudahan
aku sudah pasrah sekarang
aku mahu berundur
menggapai tepian kembali
aku mahu mohon keredaan Nya
membimbing aku lagi
yang sudah lemas tersesat,,
jom kita ke destiny masing-masing
meski sarat dengan nestapa
biar kita tempuh ranjau-ranjau berduri
DALAM KEREDHAANNYA

Sunday, 9 December 2012

BADAI PERASAAN KU


mulai semalam juga hari ini
aku sendirian 
perasaan ini
di ketika ini cemas dan resah
mencengkam ,,,
sedih bernestapa
terasa diri di pinggirkan
terasa diri tidak dihargai lagi
dan kisah semalam
menghantui perasaan
menghantui fikiran
atau bagai dirasuk penyesalan
tapi tiada gunanya 
kerana
saat kelmarin telah berlalu
titik titik itu sudah terpahat
meninggalkan kisah kelam,,,,
haruskah,,
ada sesalan
kerna segalanya atas runtunan hati
yang tiada kewajaran
jua tiada tapisan akal,,
semuanya kerana kamu,,
adakak saat ini
di ketika ini
kamu mulai menghitung
atas setiap langkah sumbangku
kamu mencebik ku,,
dan kamu puas
mempersenda aku
lantaran 
diriku tiada harga nya dimatamu,,
aaahhhh
aku benar-benar sesal,,,
kini
badai perasaan ku
merenggut kedamaian
kerana kamu,,
kamu yang selfish,,,
mencari kesempatan,,,


Tuesday, 4 December 2012

InILaH MeMoRiE KiTa


inilah secebis dari memorie kita dulu
indah di persada keanakan
senda gurau,,gaduh,,damai semula
tiada sengketa berpanjangan
tiada dendam yang terpendam
keindahan
dan kasih sayang
yang tak ternilai
kini kita terasing
berhaluan tersendiri
meniti kisah-kisah kehidupan kita sendiri
warna-warna kehidupan kita
berbeza
tetapi tautan hati kita
bersemi dari kejauhan
harap sekadar keiklasan
meski kita tidak berjodohan
indah kan memorie kita satu waktu itu