Thursday, 29 March 2012

di jendela ini


sayang
betapa terasa kehilangan di saat ini
sendirian di jendela
entah kan berakhirnya
penantian sepi ini
bersendirian
tanpa kehadiran mu
sudah sesekian waktu
terasa kosong
hampa menyelubungi perasaan
entahkan mengharap
entahkan berilusi
sukarnya merongkai  gelisah
menjerat  jiwa
dan di mana permata hati
mengelak diri
mengirim khabar
mengirim rindu
meski dari jauh
namun tetap tida
entah kan ingat
entah kan lupa
akan sekujur diri nan ini

bukan daku tak sayang

tinggalkan daku sendirian disini
biar daku padamkan kisah2 kelmarin
biar daku layari malam nan sepi ini
mencari damai yang kian menapak diri
biarkan daku saja begini
jangan di tanya kenapa 
daku dengan putusan ku
kerana daku tak ingin disakiti lagi
kerana sering saja daku
dikau sakiti
tak sanggup rasanya
menahan perit pedih di jiwa
tak sanggup juga 
menaggung rindu yang mencegkam rasa
kiranya dikau terasa dipersiakan
maafkan daku
bukan niatku untuk mendera kamu
daku kira kamu ok-ok saja
kerana kamu ada lain pilihan
mungkin bukan daku saja
kerana kelainan dua menjak ini ketara
kamu ada yang lain menemani
yang mengisi kekosongan dirimu
sebelum daku terluka
biar daku berundur diri,,
bukan daku tak sayang
bukan daku tak rindu dendam
tapi kasih sayang ku tk kan berubah selamanya
dan hakikat nya kita tak kemana
kerana antara kita selamanya
tak kan pernah tergapai
antara kita bak bebayang
semakin kita kejar semakin dia menjauh
kita2 terawangan
berhaluan pun tidak
segala nya tak mungkin jadi nyata
percayalah,,,


Monday, 26 March 2012

aku masih tetap sayang kamu


akhirnya
damai mulai menapak
meski kamu tiada di jendela ini lagi
aku masih mengintai disini
sayang daku terhadapmu
tiada berpuraan
cuma aku tidak tahu
apa yang tersirat di hatimu
ingin saja aku melangkah pergi
kalau boleh sejauh mungkin
kerana aku tidak ingin
merosakkan kedamaian ini lagi
aku tidak mahu disakiti lagi
aku tidak mahu di guris2 luka lagi
biarlh aku damai
tanpa palitan luka lagi
biarlah selamanya
aku tanpa kamu lagi
bisakah
bersayonara lagi sayang
kerana kasih sayangku
tak pernah padam selamanya
biar ku bawa bersama
kemana saja aku pergi
kerana aku masih tetap
sayang kamu hingga keakhir nya

Kerana Mu

kamu singgahi jua jendela ini
setelah sesekian waktu kosong
akulah penanti setia 
yang tidak pernah jemu
menantimu saban waktu
dengan seribu resah
seribu persoalan
hinggap menerjah perasaan
dan cuma seketika 
kerana mungkin kamu busy
atau pabila aku invisible
hmm
terubat juga resahku
menanti mu
biarlah kamu berlalu
kerana buat ketika ini
aku terasa terluka
dengan sikap tidak acuh mu
terhadapku
biarlah aku bagai mahu kamu merasa
kesakitanku jua
aku tengah mengira2
mahu berpergian saja
dari tetingkapmu
biar aku tidak menyapamu lagi
kerana aku ingin menghindari
gurisan luka yang kamu
calarkan di perasaanku
biar aku menyepi ya
aku mahu lihat
sejauh mana kesabaranku
kesabaran mu
tanpa kita bersua,,
hope pendirianku tidak goyah
kerana,, keranamu
aku sering goyah
bila melihatmu
hatiku cair
kerana kasihku kepadamu
tidak pernah padam.

Sunday, 25 March 2012


today 25 mac 2012
dah berlalu pun 19 mac 2012
ulangtahun kelahiran ku
tiada pun wish dari mu
atau kiriman doa buatku
dari mu
bila aku katakan ulagtahunku kelmarin
20 mac 2012 hari tu
kamu cuma berkata 'iya'
itu saja ungkapan keramat mu 
buatku
hmmm
nak sedih ke
atau kecil hati ke
boley ke begitu
dengan kamu
pernahkah kamu menghargai ku
selama ini
rasanya macam tidak aja
kamu tak pernah meghargai daku apa2 pun
but 20 mac 2012
terkesan dalam kisah hidup ku
kehadiran kamu meghuni sisa2 hidupku
tiba-tiba saja kehadiran mu
menyapa kehidupan ku
yang damai tercalar
hingga hari ini
dua tahun berlalu
jiwaku kacau
keranamu
tahu kah kamu
sukarnya aku meleraikan
kemelut yang menghantui perasaan ku
keranamu,,


SENANDUNG MALAM NIEA'S

kenapa harus ada kamu
yang sering muncul di depan mataku
ingin saja daku menghindarinya
tapi acapkali
jelmaan mu muncul jua
ingin jua aku singkirkan
segalanya tentang kamu
semakin aku cuba semakin sukar
untuk ia berpergian dari mindaku
semakin sakit pula menyesak dada
kenapa
mengapa
dan bagaimana
nak ku leraikan
dan bila kamu
di depan mataku
terasa ringan jemari ini menyapamu
bernarian nota2 di keyboard ini
haram sepatah bicara
tidak terlontar dari ungkapan mu
kamu bisu seribu kata
hingga kesudah
hmm
aku akan biasa2kan
dari peghindaran kamu
kan ku bujuk lagi hati ini
kerana aku ingin belajar melupai mu
bisa kah ya
aku harap aku bisa,,
melupai mu
selama nya


Wednesday, 21 March 2012


sukar nya untuk meleraikan 
kekusutan yang bersarang
semakin hari semakin  kusut
how
untuk meleraikan
semaki di rungkai semakin parah
jeratan nya menjerut pedih
siapa
gerangan nya
tempatku luahkan
pedih luka yang menghiris
perasaan ini
terasa benar-benar kesorangan
ingin saja daku pergi
sejauh mungkin
tapi langkahan kaki ini
terasa kaku
hati ini jadi serba salah
hakikatnya
mamang nyata
langkahan kaki perlu terus beganjak
mungkin perlahan2
sehingga
kekusutan itu
terlepaskan
dan pasrah
ltu sebaik nya
hanya niea's yang tahu
segala yang tersirat sekarang
biarlah ini semua ini
menjadi rahasia niea's selamanya
mega Allah jua yg bisa merestui
jalan2 terbaik buat niea's,,
amin,,

Monday, 19 March 2012

ISTILAH MAKANAN BERKAITAN DGN BABI

Mungkin ramai umat Islam tidak tahu bahawa label bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi. 

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar.

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi. 

Sunday, 18 March 2012

Namun..ku punya cara sendiri.... (dr Dunia Macam2)







Namun..ku punya cara sendiri....


Aku sayang kamu dengan CARAku tersendiri:-


::~jika mereka memilih untuk kerap bertemu, aku memilih untuk tidak bertemu..

::~jika mereka memilih untuk kerap berhubung, aku memilih untuk tidak berhubung..

::~jika mereka memilih untuk saling mengingati, aku memilih untuk tidak mengingatimu..

::~jika mereka memilih untuk saling merindu, aku memilih untuk.. tidak merinduimu..

-->Kerana APA pilihanku berbeza dengan mereka?

::~kerana kamu BELUM tentu jadi milikku..
::~aku lebih senang bertemu dengan PELINDUNGku..
::~aku lebih suka berhubung dengan kekasihku dengan berdoa..
::~aku lebih selesa mengingati DIA yang sering mengingatiku..
::~aku sayang kamu namun aku LEBIH SAYANG DIA..

Terima kasih kerana memahami caraku.

SENDIRI (LIRIK SONG DR'DAHLAN ZAINUDIN)

Friday, 16 March 2012

ALLAHUAKHBAR


ALLAHUAKHBAR
buka lah seluas2nya minda ini
bukalah seluas mungkin pendirian
tiada jalan kemusnahan
tida jalan2 yanr tesimpang
dari landasan2 mu Mu
Ya Allah
Ya Rabbi
berkat Mu ya Allah
penunjuk jalan2 lurus Mu
tanda kasih mu
atas niat2ku
yang sering goyah
ampuni aku ya Allah
bimbing lah aku lagi ya allah
demi masa
usah singkirkan aku
tersisih dari dilema kerugian
ya Allah
aku bermohon pada Mu
jauhi aku n semua 
dari melupai Mu
dari mengingkari perintah2Mu
terimalah doa2ku
permohonanku ini
Amin
Amin
Amin
Ya Rabbal Alamin
aku bersyukur padamu
atas hikmah2Mu
buatku,,

Thursday, 15 March 2012

SENDIRIAN KESEPIAN

sendirian lagi di saat ini
bagai diri
selamanya di lingkari sepi
menanti
bagai tiada berpenghujung nya
wajah yang dalam dambaan
tiada kunjung tiba
buat jiwa bersoal sendiri
tanpa jawapan
terasa diri tersingkir
tak berharga lagi
mungkin kah ada gading bertuah
yang mengganti
dan
persoalan demi persoalan berlegaran
mengganggu minda
menjerat resah perasaan
rindu juga membara menyapa
dan sampai bila
penantian ini bertakhta
tak bisa menghindari nya
semakin jiwa membujuk pergi
semakin rasa susahnya 
mahu melepaskan rindu itu pergi
kapan kah
kekuatan itu
bisa meleraikan kekusutan
agar kesepian kesendirian ini
berlalu dari terus menjerat duka
di jiwa ini


Friday, 9 March 2012

BESOK AKU BEPERGIAN



besok aku berpergian
mungkin membawa sendu
menggendong lara bersama
mungkin sepanjang kepergian itu
cuma ada kesedihan
yang menapak
mencengkam segenap jiwaku
dan mungkin akan berlarutan
selagi tidak ada penyelesaian
selagi kedamaian mengusap lalu
tegakah kamu
membiarkan jiwaku kacau
berpanjangan
atau kamu tak ingin kesah pun
perasaan ku
yang berperang
sendirian,,

SENANDUNG MALAM KU


dah agak lama tak ku singgah disini
mungkin terlalu leka
situasi itu
'kebahgiaan yang palsu'
'dan aku hanyut'
dengan bisikan kepuraan mu
dan ianya
yang telah merobah keinginan hati ini
untuk singgah di sini
'di kala ini' 
dah terasa tersepit nya
barulah nak tengadah 
'ruangan ini'
jadi hamparan
melepaskan gelodak jiwaku 
yang kacau saja
segalanya yang tercoret di sini
'kerana kamu'
kerana kamu
memang kerana kamu seorang
tiada untuk orang lain
luahan hatiku
dan di kala ini
rasanya ketika ini
hati nan sekeping ini 
bagai di robek2 kembali,,
kamulah yang selalu membuatnya terobek
'kembali'
sakit dan pedih,,
memang tak terperi,,
kamu selfish
memang selfish
hanya aku saja buat seperti tidak tahu,,
'hanya aku'
bagai biar di pergunakan
dipermain kan,,
di persia2kan
dan kamu puas mengilai
atas kedunguan ini,,
tentu seronok kan
kamu mempermainkan aku,,
hmmm
macam mau merajuk,,
"tak ada guna nya kan"
memang tidak beerti
kerana kamu tak sudi
atau tidak ingin pun
membujukku
kalu ia pun
pasti ada yang tersirat
tersimpan hasrat
dilubuk hatimu,,
sekadar kepentingan mu,,
iye kann,,,,
~~~aku aja yang bodoh~~~

Tuesday, 6 March 2012

Rahsia Penyakit Melalui Jari


Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..