kelmarin,semalam
dan hari ini
aku masih disini
masih belum jemu mengisi
waktu-waktuku
di jendela Maya ini
masih setia
menghitung kesepian
menghitung bicara hatiku
masih mahu mengumpul
harapan yang menggunung
namun sering saja keegoan kamu
memusnah kan impianku
kasih yang menyapa
sekadar kepalsuan
setiap inci hati ku
hancur berkecai
setiap inci hati ku
hancur berkecai
kamu yang musnahkan
kamu yang menghancurkan
sejuta kepercayaan ku terhadapmu
kini terpadam
bertukar kehambaran
kini terpadam
bertukar kehambaran
dambaan kasihku terhadapmu
sudah kontang,sudah tawar
kerana ianya tiada untukku
kamu tidak pernah menitipnya
untukku
langsung tidak pernah
ada untukku
kerana kamu
berpura mencintai ku,,,,,,,,,
langsung tidak pernah
ada untukku
kerana kamu
berpura mencintai ku,,,,,,,,,

No comments:
Post a Comment