Monday, 23 January 2012

Merindui Kerana Menyayangi


jika rindu ini bertatah
aku berharap biarlah untuk Allah
andai rindu ini menark resah
aku pasrah
andai pencarian ini masih belum ku temui
ya Allah damaikan lah hati ku ini
biar resah menarik sepi
biar kecewa meratap pergi
biarlah kasih mengikat diri
 Ya Muhaimin kepada Mu
ku Mengadu Hati
serikanlah taman hati
bukan pada fikiran yang belum layak
buat diriku
tapi pada reda Mu
saatku merindui nya
lebih kuat ku bermunajat kepada Mu
lebih pantas aku meningkatkan
dan memperbaiki keperibadianku
ya Allah
hanya Engkaulah penyusun terbaik 
buatku



Tuesday, 3 January 2012

03012012


kalau boleh
ingin saja berlari
sekencang yang boleh
tetapi langkahan ini kaku
ingin saja bersembunyi
tetapi masih mahu menjengahi
kerana tindak sanggup sendirian
dan ingin saja meleraikan
jerutan perasaan
yang mencengkam
tahukah sakitnya
tak tertahan kan
apa daya sekdar
bisa menahankan
dalam kelemasan
sendirian jugak
kerana pada siapa
nak dititipkan geloranya
ya Allah
dugaan kamu berikan
aku menyahutnya dengan redha,,
miski berat aku menatang nya
aku berserah kepada Mu
kerana ada yang tersirat di sebalik nya

Monday, 2 January 2012

02012012


i'm alone
lagi dan lagi
kali ini
menghitung kesangsian
samada ada persendaan
samada satu permainan
memang betu-betul sangsi
menganggu fikiran
terasa diri terlalu kerdil
terlalu polos
tapi segalanaya 
satu matlamat saja
keiklasan yang tersemai
atas dasar kesejatian kasih
jika nanti ada tersimpan 
niat yang sonsang
biar keredhaan itu
serta balasan nya
terserah pada yang esa
ku berserah padaNya
segalanya kerana kamu,,,

Sunday, 1 January 2012

NIEA'S 01012012


sayang,
semalam aku terdampar
melayari mimpi-mimpiku
di sini kesorangan
ingin rasanya
mengolah mimpi-mimpi itu
menjadi nyata
biar terlerai cengkaman
yang merangkul resah
membadai perasaan
sayang,
betapa aku ingin
berdampingan denganmu
sepanjang hayat
biar mimpi-mimpiku
menjadi nyata
biar resah kesepian
melerai rindu yang membadai
sayang
bisakah dikau rasakan
semua yang tersirat
dapatkah dikau dengarkan
kencangnya degup jantungku
yang tengah lemas
mengitung rasa yang bergelora
datangi lah padaku
yang sering 
menantimu sayang,,,,