Wednesday, 20 April 2011

Seandai Nya Lelaki Tahu



Seandainya lelaki tahu
dalam hati seorang perempuan
ada naluri untuk disayangi
ada rasa untuk diberi perhatian
ada rasa untuk didengari
keluh kesahnya
ada waktu-waktu untuk
ditemani kesedihannya
Seandainya lelaki tahu
rajuk seorang perempuan
untuk dipujuk
marah seorang perempuan
untuk didekati
sedih seorang perempuan
harus didengari
gembira seorang perempuan
ingin di kongsi
Seandainya seorang lelaki tahu
disebalik seribu rasa itu
ada sekeping hati yang lembut
bukan untuk di manjai
bukan untuk di tatang
bagai minyak yang penuh
hanya perlu sedikit perhatian
agar rasa kasih itu terasa
ujud disaat jauh
kerana
Seandainya lelaki itu tahu
hati ini sentiasa bertanya
pada diri seorang perempuan
ujudkah cinta di hati seorang lelaki ??
bila disaat jauh tanpa perkabaran ??
sayangilah seseorang itu
atas dasar siapa dirinya sekarang
bukan atas dasar
siapa dirinya sebelum ini
cintai lah seseorang itu kerana hatinya
bukan paras rupa semata-mata,,,,

No comments:

Post a Comment