Thursday, 28 July 2011

Tinta Niea's 28072011


perjalanan kelmarin 
bersimpang siur
kadang-kadang terhenti
kadang-kadang tersalah haluan
memang insan tak prnah sempurna
kadang-kadang khilaf
dan bila cahaya menyuluh kembali
langkahan bermula kembali
meski tersesat lagi
perjalanan tak pernah berakhir
destinasi hanya satu
berkiblat pada yang satu
kepangkuan Ilahi





Friday, 22 July 2011

Dairy 22072011




kenapa hati ini jauh berkelana
mengembara tanpa haluan
perasaan menjadi kacau tak keruan
resah menghantui jiwa
terasa sesutu yang hilang
bingung memikirkan nya
ingatan terhimbau nun
pada seseorang
entah bila akan berakhir
segalanya berbauran
tanpa kepastian
hmmmm,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
nafas yang terhela
tidak dapat merongkai
kekusutan yang menjerut rasa
detik yang di hitung
bagai terlalu lambat berlalu
mungkin kah selamanya begini
menahan resah
yang tak berkesudahan,,


Tuesday, 19 July 2011

Antara Kita


sayang
aku sendirian lagi di sini
menghitung hari-hari yang berlalu
menghitung resah di kalbu
hari itu aku kehilangan mu
kelmarin
kamu jengahi ku lagi
membawa rindu-rindu mu bersama
kenapa masih ada bisikan
curahan rasa di hatimu
kenapa harus ku dengari sume itu
dari ungkapan mu
dan debaran rasaku bertautan kembali
rindu kita bersatu
bersemi kembali
kapan nokhtahnya terhenti
kerana gelora rasa kita kian kencang
bagai tiada pengakhiran nya
antara kita tidak pernah pasti
kerana kasih kita utuh bersemi
kelmarin,,hari ini dan selamanya,,

Saturday, 16 July 2011

Kasihku,,,,


bak sekuntum mawar berkembang
begitu mekarnya sebuah senyuman
rasanya semalam senyuman itu layu
dilitupi sendu sebuah kerinduan
entah macam mana berkali-kali
tersasul terungkap namamu di bibirku
hari ini senyuman itu benar-benar
puas terukir terlerek
entahlah itulah buat seketikanya
hope tiada sendu mengundang duka
tapi itu lah hakikat nya
bila kasih ku masih bersemi
terhadapmu
mungkin selamanya
maaf kira mengusik kalbu mu
apakan daya ia semekar mawar menguntum
buatmu,,,,

tiada rasa kebencian buat mu
sayang ku betakhta selama nya
buatmu meski kemana saja aku

Tuesday, 12 July 2011

Dairy 12072011


                                                           
                                                            cuaca tak menentu hari ni
begitu jugak perasaan ku
tak menentu
ada waktu happy
ada waktunya sedey aje
kadang-kadang terpengaruh
dengan senetron sedey di tv
ade ke layan
tapi apakan daya
kesunyian kesorangan
tv jadi teman
hmmm
kadang-kadang fikiran melayang
ingatan juga terhimbau
bercabang merata
walau apa pun
ini lah sedutan
sedikit sebanyak
cetusan tinta-tinta ku kali ini
kerana sejak kebelakangan ini
aku kehilangan idea
segalanya kerana seseorang
hanya dia
dan kerana itu
aku berperang sendirian
hope aku temui jalan-jalan ku
sedikit demi sedikit
menghindari
biar sejauh mungkin
aku bisa keluar
dari kemelut ini
rasanya aku boleh
n pasti boleh
amin,,,,
syukran,,,

Sunday, 10 July 2011

Sebuah Kepergian


just tinggal memorie saja
kelmarin 7.30 malam
ku terima foncall dari my son
baby pergi menghadap Ilahi
depa bawa g klinik n cucuk ubat
sebelum itu 'me' dah suapkn air nyok
konon nak tawarkan racun
pas my son bawa pulang ke Pauh,,,,
baby demam n macam keracunan
puas ku fikir benda apa yang dia makan
baby meninggal d'kampung halaman nya
d'sana ada semua famly nya
hmmmm,sedihlah pulak cerita2 begini
meski baby tak suka di peluk2
tapi baby ada caranya dia bermanja2
seronok pulak bila panggil dia menyahut
hanya bersuara,,,hu,,, je,,
dia akan mengiaw kalu lepas balik dari kg nya
lepas 2,3 hari dah tak reti mengiaw
hmmm baby rapat ngn my hubby
nak buang air besar n air kecil
misti ngn my hubby
tak da hubby 2,3 hari tak membuanglah jawabnya,,
baby,,,
cumy in my memory,,

Friday, 8 July 2011

Keagungan Ilahi

bila tirai malam mula berlabuh
seisi alam gelap gelita
kesunyian mulai menerpa
buat yang mensyukuri
akan keagungan Ilahi
setiap situasi berbeza fungsinya
begitu juga kehadiran malam
buat insan n setiap penghuni nya
bertafakkur
mensyukuri segala nikmatNya
dan malam penuh degan rahsia Nya
renungilah kebesaran kurnian Nya
menginsafi
segala kejadian
adalah dari Allah jua
dan insan tidak memiliki apa-apa
cuma sekadar melaksana kan
amanah yang Allah berikan
dan insan serta seisi alam
sekadar pinjaman
satu hari kan kembali
disisi mu Tuhan,,,,,

Monday, 4 July 2011

Pergilah


sayangnya senduku berkelana
sendirian melayari kepedihan,
sebaknya menghitung duka,,,
yang tak terungkapkan,,,,,,,,,
nak ku bicara kan apa lagi,,,,
nak ku kabarkan apa lagi,,,,,,,,,,,
tak ada gunanya menunjuk,,,
segala nestapa,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
untuk apa dan pada siapa,,,,,,,,,
diriku tak pernah dihargai
di perdulikan
apa lagi nak berbicara dengan ku,,
siapa lah aku dimatamu,,,,,,,,,,,,,
tiada harga nya aku dimatamu,,,
tak ada apa
yang hendak dirajukkan
kamu tak ingin pun
mahu mengambil tahu
datang mu menjual ceritamu
datang mu mengungkap
nestapamu
datangmu jua
sekadar meluahkan saja
segala kesumat dahulu,,,,
aku cuma tempias
untuk kamu hempaskan
segala yg terpendam
cuma itu
aku saja yg tersalah terima
akbatnya
aku yg merasa sakitnya,
padahnya aku
menerimamu,,
aku kamu persenda,,,
murahnya aku dimatamu
iklas kah kamu
memohon maaf dariku
sekadar melepaskan lelah saja,,
kali ini kamu pergi
tinggalkan aku disini
pergilah kamu
jangan cariku lagi
kerana kan kutup pintu2 ku
dari menerima mu kembali,,,
jangan kamu sesali nanti
jika aku dah tak sudi,,

Saturday, 2 July 2011

Catatan 02072011



seketika di persinggahan ini
di titian kehidupan
segalanya harus ada ketulusan
segalanya perlu toleransi
saling mempercayai
perbezaan harus di sisih kan
jika mendambakan kedamaian

Ampuni Aku Ya Rabbi


perjalanan ini
kadang-kadang penuh bermisteri
berputaran
silih berganti
segalanya tak terjangka kan
bagai kan mimpi-mimpi
qhada dan qhadar Ilahi
penuh dengan dugaan
ada kalanya mendebarkan
ada kalanya menyesakkan
siapa lah aku
untuk menolak nya
rebah bangun ku
harus ku gagahi
dengan redha
kerana Mu
ya Ilahi
ujian Mu
menguji kesabaran
menguji keimanan
ampuni aku
kiranya aku tersalah perhitungan
ampuni aku
kerana aku hanya insan
yang kerdil
yang sentiasa mengharap kasih Mu
yang sentiasa memohon keredaan Mu
ampuni aku
ya Rabbi,,