Tuesday, 19 July 2011

Antara Kita


sayang
aku sendirian lagi di sini
menghitung hari-hari yang berlalu
menghitung resah di kalbu
hari itu aku kehilangan mu
kelmarin
kamu jengahi ku lagi
membawa rindu-rindu mu bersama
kenapa masih ada bisikan
curahan rasa di hatimu
kenapa harus ku dengari sume itu
dari ungkapan mu
dan debaran rasaku bertautan kembali
rindu kita bersatu
bersemi kembali
kapan nokhtahnya terhenti
kerana gelora rasa kita kian kencang
bagai tiada pengakhiran nya
antara kita tidak pernah pasti
kerana kasih kita utuh bersemi
kelmarin,,hari ini dan selamanya,,

No comments:

Post a Comment