Saturday, 2 July 2011

Ampuni Aku Ya Rabbi


perjalanan ini
kadang-kadang penuh bermisteri
berputaran
silih berganti
segalanya tak terjangka kan
bagai kan mimpi-mimpi
qhada dan qhadar Ilahi
penuh dengan dugaan
ada kalanya mendebarkan
ada kalanya menyesakkan
siapa lah aku
untuk menolak nya
rebah bangun ku
harus ku gagahi
dengan redha
kerana Mu
ya Ilahi
ujian Mu
menguji kesabaran
menguji keimanan
ampuni aku
kiranya aku tersalah perhitungan
ampuni aku
kerana aku hanya insan
yang kerdil
yang sentiasa mengharap kasih Mu
yang sentiasa memohon keredaan Mu
ampuni aku
ya Rabbi,,


No comments:

Post a Comment