dan
buat sesekian kali nya
jemari ini melangkah lagi
menyusun bait-bait bicara
dari kegersangan hati ini
selagi masih ada waktu terluang
selagi bisa meleraikan
kegawatan jiwa ini
kali ini
ingin rasa nya kembali
bertafakkur
kembali merendah diri
barangkali
selama ini bisa-bisa saja
iman masih goyah
masih rapuh
daku mohon kepada Mu
ya Rabbi
aku meminta kepada Mu
Dikau yang maha mengetahui
samada yang nyata atau tersembunyi
telah ku yakini hati ku
demi keiklasan
demi kesungguhan dan keyakinan
Engkau Maha Mendengar
Engkau Yang Maha ihsan
demi niatku yang satu
aku bersyukur
kerana masih ada ruang buat ku
masih ada kasih Mu buat ku
kerana Mu
limpahilah cahaya Mu
buat menerangi
jalan2 ku nan gelap dan kelam
buka lah seluas2nya pintu hatiku
hanya kerana Mu
hanya untuk Mu
Ya Rabbi,,

No comments:
Post a Comment