Tuesday, 10 April 2012

Usah Di Kenang Lagi



selamat malam sayang
aku masih meniti ruang malam
di ketika ini
ku lihat kamu singgah seketika tadi
di jendela maya ini
dan kamu berlalu pergi selepas nya
meski aku mengharapkan kamu berlama
mengisi kekosongan ku
dan melepaskan rasa rindu
yang besemarak di kalbuku
cuma 
aku cuma sekadar berinvisible
huhu besembunyi dari mu
memang itu niatku
tidak mahu bersemuka dengan mu
meski aku ingin sangat
melepas rindu ku padamu
namun
terpaksa aku tahan kehendak hati ku
meski perasaanku meronta2
untuk seperti selalu berbicara dengan mu
tapi aku terpaksa
biasakan diri ku tanpa mu lagi
biarlah waktu2 ku beredar pergi
antara kita
usah seperti selalu
kerana tetap tak kemana
tak ada pegakhiran nya
hubungan kita
tiada arah tuju
jalan2 yang kita lalui
tanpa matlamat
tak mungkin kan sampai kedestinasi nya
kerana destinasi kita tiada peghujung
biarlah kita tempuhi realiti hidup masing2
yang memang sudah nyata haluan nya
aku doakan kebahgiaan mu
walau dimana saja kamu berada
biar kamu damai tanpa kehadiran ku
percayalah
tiada dendam atau kebencian ku
terhadapmu
ingat lah
aku selamanya sayang dan rindu kamu
yang membatasi kita
ialah siapa kita
yang kita2 sudah lama maklum
percayalah
tiada yang lebih baik
dari perpisahan kita ini,,
harap kamu redha,,
kerana aku persis redha,,
usah di kenang lagi
biar cerita kita
menjadi memorie
yang tak terungkap dengan kata2


No comments:

Post a Comment