Friday, 17 February 2012

frm~~ tintanuraniku.blogspot.com~~


TENANGLAH WAHAI HATI
Tika rindu ini bertatah,
Biarlah untuk Allah
Andai rindu ini menarik resah
Kepada Mu aku pasrah
Andai pencarian ini masih belum ku temui
Ya Allah damaikan lah hati
Biarlah resah menarik sepi
Biarlah kecewa meratap pergi
Biarlah kasih mengikat diri
Ya Muhaimin kepadamu aku mengadu hati
Serikanlah taman hati
Bukan pada fikirku tapi pada Redha Mu.
Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah
supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar
masih ada rasa syukur kita kepada ketentuan Nya
memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah
supaya kita dapat menjadi penilai yang baik
memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah
supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk
yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah
memang sengaja menemukan kita 
dengan orang yang salah
supaya kita dapat Kasih Sayang
Yang Terbaik Untuk Diri Kita
memang Allah menemukan kita 
dengan orang yang salah
supaya kita sedar
bahawa Allah Maha Pemurah & Penyayang
kerana mengingatkan kita bahawa
dia bukanlah pilihan yang hebat
untuk kita dan kehidupan kita
pada masa depan.

No comments:

Post a Comment