di kedingan pagi
ingatan mulai terhimbau
tika kesendirian lagi
sendiri,sendiri acap kalinya
teringat situasi semalam
sedikit mengguris rasa
tercalar juga sekeping hati
sedikit mengundang sebak
hmmm,,,sensitif,,apa boleh buat
terasa keegoan itu
sekarang hidung tengah
mendongak ke langit
bukan mahu menagih apa-apa
begini lah naluri, pantang tercabar
kadang-kadang seteganya mencalari
mengguris tanpa pertimbangan
sudah sesekian kalinya tercabar
kali ini terkesan sedalam
membekas di sedalam lubuk hati
maaf kerana
kehambaran mulai bersarang,,
hope tiada penyesalan nanti
jika calaran ini menjalar
seopanjang zaman,,,
membuahkan kebencian
sipi-sipi nya mulai berbunga
maafkan,maafkan
kerana parut semalam menjalar kembali
berdarah,,,,,,,
kasih yang tersemai sudah punah
kuyu,layu dan kering membeku
kerana sudah mulai tertutup
bukan menutupi lagi

No comments:
Post a Comment