Perjalanan ini semakin jauh
masih belum pasti
destinasi nya sampai dimana
onak dan duri masih meranjau
acapkali semangat itu membara
acapkali juga diri tersadung jatuh
demi sebuah keazaman
bertatih kembali membina kekuatan
cuma sebuah realiti terlalu menyesakkan
mencalari sebuah keiklasan
seringkali persendaan itu terungkap
sedang parut masih tersisa
luka baru berdarah kembali
kali ini kepuraan mula terpamir
sedang mimpi di pertengahan malam
terbangun terpinga
rupanya berilusi dalam jaga
biar lah kali ini pencarian terhenti
penantian sudah berakhir
pengharapan sudah hambar
kerana segalanya terungkap sudah
sebuah kepuraan
tiada lagi keiklasan
cuma sekadar
melunasi kehendak sendiri
kiranya pengunduran ini
meninggalkan bekas
anggap juga selama ini
mimpi-mimpi indah yang panjang
yang datang di kala kesendirian,,

No comments:
Post a Comment