Sunday, 19 January 2014

BONDA


BONDA
kulihat bebayang mu diwajah CIK
kemarin
tersentuh sendu
menghinggapi menyapa rindu
mencuit di jiwa ini
perlukah sesalan ku ini BONDA
sesekian lama jiwa merantai 
keinginanku
yang tak pernah kesampaian
rebah di ribaan mu
melenggok kepalaku
menyandar
menyendeng kebahumu
merebah sekilas resah
yang menyapa di jiwa
salahkah aku
terkadang berimpian
yang selamanya tak pernah pun menjadi nyata
sesekali aku ingin merasai nya
buat pengubat jiwa
buat seketika
namun tak harus ku
menyangkal
segala takdir yang datang menduga
sendu sedan ku kini
memerah laju cecair berhujanan
bercurahan jatuh dari kelopak mata
aku sedang menangis
sepuasnya saat ini
bukan apa pun BONDA
hati ku direntap-rentap luluh rasanya
saat ini
aku rasa di permainkan
dipersendakan
aku mahu relakan saja itu semua  duhai BONDA ku
tapi aku terasa terluka lah BONDA
kerana aku hanya sendirian
menelan segala rasa terluka
BONDA
meski pun apa jua
terima kasih kerana bisikan hati ku 
ku ungkap jua
terima kasih Allah
aku pasrah sudah
kerana airmata yang mengalir ini
merembes damai jua akhirnya
SYUKRA YA ALLAhH
BONDA
muga kamu damai disana
dibawah naugan Sang Pencipta 
YANG ESA
aamiin yarabbaalalamin,,

No comments:

Post a Comment