Tuesday, 2 July 2013
BERTEMAN KELIP2 CAHAYA MALAM
acapkali aku sendirian
mengisi ruang alam sendirian
biar sepi menghimpit jiwa dan rasa
aku pasrah saja bersendirian
ingatan terhimbau lagi
mengenang ungkapan
yang terungkap dari sms kamu
namun seperti ada cerita berbeza
yang terungkap antara kamu dan dia
aku nak percaya kamu
tapi cerita di sblah sana
jauh sangat berbeza
aku benar-benar termangu
kamu bagai mahu melepskan diri dariku
lalu bersandiwara denganku
dan dengan dia jugak
kamu mahu melepaskan diri kamu
lalu kamu melukan hati-hati kami berdua
demi kepentingan kamu
wajarkah kamu ??
sedangkan usia kamu sedang merangkak pergi
jangan salah kan aku dan dia
jangan cari aku dan dia
jika satu hari sesalan menghambat mu derita
bukan tiada pengalaman lampau kamu
sebagai pengajaran
jangan kamu lupa itu
dunia berputaran
dan tika nasib kamu akan menjelang
Allah itu adil
tapi aku redha memaafkan setiap kelukaan
yang telah kamu lukiskan di kanves hidupku,,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment