Thursday, 24 January 2013

KERANA KAMU


kerana kamu jemari ku bernari lagi
ketika ini
kerana kamu 
fikiranku bercabang
merewang mencari jawapan
berbagai persoalan bermain di minda
hatiku mulai meronta
menjerit pedih 
bagai mendesak  jemariku
melakar sms buat mu
namun akal mulai membujuk
memintas kehendak rasa
lalu dalam berat menahan resah
langkahan jemari membeku
namun hati tetap menangis
meratap kehampaan
segala persoalan tetap berlegar
mengusik damai yang hilang
dimana kamu
kenapa membiarkan persoalan ku tergantung
mencari sendiri jawapan
perlukah aku nokhtahkan 
sekadar disini saja
antara kita
perlukah aku berlalu pergi
meski berat untuk ku buat keputusan
kerana luka di hatiku kian berdarah
sampai bila akanku tanggung
getaran jiwa ku yang kian kacau ini
setega nya kamu menyapa damaiku
dan setega nya kamu
nokhtahkan aku dalam dilema derita
aku betul-betul dalam sengsara
semuanya kerana kamu

No comments:

Post a Comment