Tuesday, 20 November 2012

dan tumpah lagi tanpa henti


tinta dari hati ku
bernarian kembali
setelah tadi terhenti
tiada dijangkakan saat ini
akan terurai lagi rantaian 
dari sentuhan qalbuku
sang kesenduan masih tersirna kembali
bila terasa tidak di hargai
dek orang sekeliling
kerana tiada sesiapa untuk disandarkan
ilusi
lalu terhentinya ratapan qalbu
hanya lah di sudut gobok ilusi ini
tempatnya bersantaian
mencari sisa-sisa damai yang ada
dan mungkin disini
kan bisa bertoleransi 
putusan ini
yang merodak bagai rajuk yang terakhir
berbagai kemungkinan
sedang berolak alik
untuk aku berpergian dari kamu
jika nanti aku sudah pergi
aku mahu
tidak menoleh lagi
kembali kepangkuan kamu
akan nanti tiada lagi sesalan
tiada lagi rayuan
atau kehampaan
mencalari sekadar hidup kamu
mungkin kelelahan aku
sudah berarak menjangkaui segalanya
menanggung kesakitan yang sesekian kalinya
oleh
dan datangnya dari kamu
yang sering melukai hatiku
tanpa henti pula
airmata ku tumpah lagi tanpa henti

No comments:

Post a Comment