sudah lama seruling qalbu ku
bernada sumbang
serak tak semerdu dulu
acapkali nya
bila terkuaknya
jendela malam
dendangan unggas jua
turut bertautan
gemersik memecah kesepian alam
namun dikali ini
jemari-jemari ini
seakan longlai bernari
namun resah di kalbu ini
sukar untuk di ungkapkan
kerana
ianya terpendam di ceruk rasa
kapan
seruling qalbuku
benyanyi lagi
biar terlunas segunung harapan
yang belum kesampaian

No comments:
Post a Comment