Wednesday, 19 September 2012

KALI INI


dan bila sepi malam menyapa lagi
daku sering sendirian
tercari di gelap malam
menghitung seribu persoalan
yang tak kan pernah ada jawapan
di kali ini
juga seterusnya
tiada jawapan nya
persoalan itu
tergantung begitu saja
meski seribu lontaran
pertanyayaan demi pertanyaan
bermain di minda
kerana tiada bicara
yang terlahir
tiada juga ungkapan yang terungkap
sekadar bermushkil di sudut hati
dan sepi malam ini
memimpin rasa
menjadi kian suram
tiada lagi hari itu
yang serba tak menentu
melakar bebagai rona
yang tak pernah ceria
di kali ini
pasti sedikit damai melirik
meski
terpaksa redha sebuah kepergian
kerana
itulah yang terbaik nya,,

No comments:

Post a Comment