Monday, 26 March 2012

Kerana Mu

kamu singgahi jua jendela ini
setelah sesekian waktu kosong
akulah penanti setia 
yang tidak pernah jemu
menantimu saban waktu
dengan seribu resah
seribu persoalan
hinggap menerjah perasaan
dan cuma seketika 
kerana mungkin kamu busy
atau pabila aku invisible
hmm
terubat juga resahku
menanti mu
biarlah kamu berlalu
kerana buat ketika ini
aku terasa terluka
dengan sikap tidak acuh mu
terhadapku
biarlah aku bagai mahu kamu merasa
kesakitanku jua
aku tengah mengira2
mahu berpergian saja
dari tetingkapmu
biar aku tidak menyapamu lagi
kerana aku ingin menghindari
gurisan luka yang kamu
calarkan di perasaanku
biar aku menyepi ya
aku mahu lihat
sejauh mana kesabaranku
kesabaran mu
tanpa kita bersua,,
hope pendirianku tidak goyah
kerana,, keranamu
aku sering goyah
bila melihatmu
hatiku cair
kerana kasihku kepadamu
tidak pernah padam.

No comments:

Post a Comment