Thursday, 27 October 2011

DAIRY 27102011



berdesir angin nan lalu
bernarian sang nostaljia kelmarin
bebayang nya terhimbau 
dek pancaran cahaya
senja nan bening 
mendakap kisah-kisah itu
meski tersimpan berbagai rasa
rasanya nokhtah-nokhtah itu
biar kan terhenti selamanya
biar pengharapan menerjah

hasrat itu biar lah terbenteng
kerana bertakhta 
di singgahsana yang salah
berlalulah sang bayu
mengorak menuju destinasi mu
usah melorek menjadi 
reranting yang becabang-cabang
kerana cabang itu banyak haluan
nanti langkahan itu tersadung lagi
nanti kan tersungkur rebah
kerana tersalah pilihan
jangan nanti ada sesalan
di penghujung perjalanan

dan bebayang itu biar kan 
terus samar-samar di pandangan
perlahan-lahan berlalu tanpa kesan
semuga sebuah harapan tertunai
serta ilusi itu cukup lah 
sekadar mimpi-mimpi 
mainan tidur semata,,

No comments:

Post a Comment