Thursday, 17 March 2011

Cetusan Tinta Niea's

sebuah senyuman
di hujung malam
melirik 
menghimbau memorie
sumbing kerana terluka
cuma mengungkap kisah duka
yang terlayar kehampaan
sebuah senyuman
di hujung malam
sekadar menggubah
sejambak kebahagiaan
buat mengeringkan
si airmata
yang berderaian
melerai sebak didada
merongkai lara
biar berlalu
dan sebuah senyuman
di hujung malam
biarlah terukir selamanya,,

No comments:

Post a Comment